DI SAAT AKU DITALKINKAN !!




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Sebak dada bila membaca....
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah.. .


Hari berganti hari.
Keadaanku semakin tenat.
Tubuhku terkaku seperti mayat di
atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku
di tempatkan di sini.
Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,
lalu bertembung dengan lori balak.


Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.
Pandanganku kabur.
Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. 
Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian
 pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.
Derita sngguh.
nafasku sesak.


Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
"Mengucap sayang,,mengucap.
.......Asyhadual lailahaillallah. ........" ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.
Itu suara ibu.
manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan
nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah
merotanku kerana degil.


"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.
Pasti itu suara abang.
Mungkin abang baru sampai.
"Tenat",jawab doktor dengan ringkas. 
"Itukata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.
Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang
menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. 
datanglah... ..


Tapi mataku...... .semakin gelap.
Adakah aku sudah buta?
 Tidak!!!!
Aku tidak mahu buta.
Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.
"Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak
semudah yang kaulafazkan, abang.
Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.


"Tekanan darahnya amat rendah". 
sayup sayap kedengaran suara doktor.
Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.
Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.
Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.
Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.


"Yassin..... ."
bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.
Aku tahu itusuara abang.
Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???


Apakah aku sudah menghampiri maut???????
Aku takut!!!!!!! 
Sedetik lagi sakaratul maut datang.
Sedetik lagi izrail datang. 
Sedetik lagi malaikat maut datang.
Aku di ambang sakaratul maut......
Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.
Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi..
Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. 
Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.


"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".
Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.
Apa mereka semua sudah pekak? 
Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.
Keluhan dan rintihan 
"Panas,dahaga, haus,panas. .......". 
tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang,"Nenek. ......... .". 
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??
Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu.......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.
Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi......" .
Ayah.......kau datang ayah......." .
"Matilah dalam agama yahudi anakku.
matilah dalam agama nasrani Itulah agama
yang membantu kau masuk ke syurga". 
"Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kaukah tadi??
Kenapa kau berubahlaku? ?
Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? 
"Mengucap sayang,mengucap. 
Asyhaduallailaha illallah......".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.
Itu suara ibu.
Tapi lidahku sudah menjadi kelu.


Manusia-manusia berjubah hitam datang.
"Mari ikut kami". 
manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,
katanya" Mari ikut kami".
cahaya putih datang.datang hitam. 
Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .
"Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!".
 Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini
seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di
hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......
".Aku tersentak.
Roh ku berselerak di dalam tubuhku.
Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... 
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.


Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. 
"Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah
ni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".


"Assalamualaikum. .....".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.
Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia
ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,
coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan
mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.
Tanpa di pedulikannya......jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.


"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.
Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".
Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji........ ..".


Aku terdiam.
Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah
pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.
Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. 
Oh!Tuhan,aku banyak dosa.
Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.
Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.
Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan
sudah terlambat untuk bertaubat.
Apa yang aku harus lakukan!!!!! 
Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.
Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.
Aku juga lihat mata abah bengkak. 
Tiba-tiba badanku di sirami air.
Air apa ini?????


"Tolong....sejuk! !!!
Kenapa air ini berbau air kapur barus.
Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!
Kenapa ramai orang melihat aku???
Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!".
Aku di usung ke suatu ruang.
Aku lihat kain putih dibentangkan. 
Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.
Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. 
"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.
Kenapa kalian semua buat aku macam ini?
Tolong rimas....panas. .......". 
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.
Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. 
Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.
Tapi kenapa aku di sembahyangkan?


Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .
Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku'
,sujud dan tahiyyat. 
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.


Kotak apa ini?"
Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.
Aku diusung setapak demi setapak". 
"Al-Fatihah! 
"Keengaran suara tok imam.
Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?"..
 Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. 
"Ke situkah aku dibawanya?
Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" . 
Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang
besaiz dengan jasadku.
Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. 
"Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. 
"Tolong keluarkan aku dari sini!
Aku seram!!!".
Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.
Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.


"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...
Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". 
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.
"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim
itu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".
Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin
hilang.
Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.
Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di
lemparkan ke atasku.
Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.


"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong !!!! 


THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR
LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... 


"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU
ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANGSERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

PUASA-PUASA YANG DIMAKRUHKAN

PUASA HARI JUMAAT ATAU HARI SABTU ATAU HARI AHAD SEMATA-MATA
Adalah makruh berpuasa pada hari Jumaat satu satunya sahaja tanpa di sambung sebelum atau sesudahnya dengan puasa yang lain. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Jangan kamu berpuasa pada hari Jumaat sahaja."
(Hadits riwayat Ahmad)

Tetapi jika digabungkan puasa hari jumaat itu dengan satu hari puasa yang lain sama ada di sebelumnya atau sesudahnya, maka tidaklah dihukumkan makruh. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, aku mendengar Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
Maksudnya: "Jangan berpuasa salah seorang daripada kamu pada hari Jumaat melainkan (dia berpuasa) sehari sebelumnya atau selepasnya."
(Hadits riwayat Bukhari)

Adapun dihukumkan makruh hanya berpuasa sehari semata-mata pada hari Sabtu kerana hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr daripada saudara perempuannya sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan apa yang telah difardhukan Allah ke atas kamu. Jika seorang daripada kamu tidak mendapati (pada hari itu apa-apa makanan) melainkan satu kulit anggur atau ranting pokok, maka hendaklah dia memamahnya. (supaya kamu tidak dinamakan berpuasa pada hari itu)"
(Hadits riwayat Tirmidzi)

Maka oleh kerana itu juga dimakruhkan hanya berpuasa sehari semata-mata pada hari Ahad kerana hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Nasrani. Diriwayatkan oleh An-Nasa‘i bahawa hari-hari yang paling banyak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan puasa ialah hari Sabtu dan Ahad (dengan bergabung), dan baginda bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya Sabtu dan Ahad adalah dua hari raya bagi orang-orang musyrik dan aku suka supaya aku menyalahi mereka." (Lihat Mughni Al-Muhtaj 1/603 dan Tuhfah Al-Muhtaj 3/458)
Jika dilakukan puasa dua hari tersebut (Sabtu dan Ahad) bersama-sama atau didahului puasa hari Sabtu itu dengan berpuasa pada hari Jumaat atau disambung puasa hari Ahad itu dengan berpuasa pada hari Isnin, maka tidaklah dihukumkan makruh kerana sedemikian itu tidak diagungkan oleh mana-mana kaum.

Dihukumkan makruh berpuasa sehari semata-mata pada tiga hari tersebut (Jumaat, Sabtu dan Ahad) apabila tidak ada sebab lain yang dianjurkan untuk berpuasa. Apabila ada sebab lain yang menganjurkan untuk berpuasa seperti bertepatan hari tersebut dengan puasa hari Arafah, ‘Asyura’ atau hari tersebut bertepatan dengan puasa orang yang melakukan puasa Nabi Daud (berpuasa sehari dan berbuka sehari) atau ia melakukan puasa pada hari tersebut kerana puasa qadha atau nazar, tidaklah dihukumkan makruh.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata:
Maksudnya: "Jangan kamu mengkhususkan pada malam Jumaat untuk mendirikan sembahyang (malam) daripada malam-malam yang lain, dan jangan kamu mengkhususkan pada hari Jumaat untuk berpuasa daripada hari-hari yang lain kecuali satu puasa yang (kebetulan bertepatan) seorang di antara kamu berpuasa (pada hari itu)." (Lihat Mughni Al-Muhtaj 1/603, Fath Al-‘Allam 4/165 dan Syarh Shahih Muslim 4274)
(Hadits riwayat Muslim)

H A P P I N E S S

Huaahuahuaaa
Best nye rini, hari ni ada bowling tournament under FSTEP for charity
So kak fi ajak aku n zaty tuk group die,so join la c0z mgu ni p0n xda ape2 activity
D day b4 aku tdo lambat s0 buleh terlajak pulak,set jam kul 7 c0z nk kne amek kakasih hati dulu,die nk ikot gak...tp aku terjaga kul 745,pe lagi mengelabah r sbb dah lambat ngat,kak fi kate kene ada kat sn kl 9pagi huhuh...So cam flash aku jap,kul 8 aku terus kuaw umah,sampi kat umah kakasih hati kul 830 ahaahaa( xdpt pecah rekod 15min s.a-kpg) pagi2 kan byk lori...
ALASAN~

Sepanjang jln tuh aku call miji byk kali c0z takut die xbgn, memang susah nk bangun pas2 mandi lama 
(MAT COOL sgt sampai aku sesak nafas...maap syg)huhuhu
Dah amek die terus g times, kedai2 p0n lum bukak n gelap lagi kat c2 hahhaha..sampai b0wling skali xda org p0n,ada la 2 3 org chinese guy kat c2,so aku n miji g la jln2 jap(tian syg dah la xcuk0p td0,tp still nk teman sy..ni sayang lebe ni huhuhu)..tgu pye tgu kfi pon sampai s0 msk n register jap...dapat la sijil skali hahha...lum men dah dapat sijil ok...

Jumpelah mmb2 masa kat Jengka dulu, Kak Ada, Lina n Kama..pas2 tgu lagi zaty n shikin p0n sampai h0h0h...dalam 20mins, game p0n start r hahhaah..lame rsnye xmen bowling,urat2 sume dah keras,tp slalu teringat EWOK kate " baby x menang game tp menang gaye aje "...semangat 2,kalah xpe janji gaye maw ada hahhaha...

1st frame tuh memang terbaek r c0z group kami dapat kumpul 2rat lebe p0int, n aku dpt 1rat lebe aku p0n xingat bpe...skali msk 2nd frame haus...masing2 energy 5% hahhhaha..kalah teruk,zaty r duk husya2 team lain kan dah kalah huhuhuh...tp aku still dapat serat juge walop0n ckit huhuh





Kfi la paling klakar, org 1st men bola mayb terlepas,ni last2 game bola leh cicir lak hahaha,tenaga dah xda dah 2 haahhah...Pas abes 2 sesi bergambar la pulok!!
Click sana Click sini mcm2 gaya ada, b4 nk tgu tyme bagi2 adiah tuh, tyme tuh memang xbyg la nk menang p0n, memang dah kalah ahahah,yg menang gr0up pon sume dak laki aje..engak fair,dorg kuat hahah
Skali tyme tuk best player,4 3rd place, m.c announced name cam name aku, so aku bt derk r c0z aku ngat ada la name sama ngan aku,skali sume diam, n die announced 3x,pas2 yg len sume cari..skali dorg kate aku...
Perghhh tyme tuh cam blur kejap ek...aku amek adiah pas2 CLICK..aku blah,dorg sume tepok,padahal aku xkenal sorg p0n hahahah...tp w0rth it r,aku menang 3rd PLACE FEMALE BEST PLAYER..cayalah!!


Pas2 kami p0n balik la, kfi n zaty pegi makan MEKDI, sy dgn kekasih pegi makan SUBWAY..dah 2minggu kami ngidam makan benda ni, xda rezki c0z xjumpe kedai huhuh..kena belanja encem sy ni sbb ari2 kalah xdapat teka kat mana p0lis duduk nk bt speed trap kt MRR2 huhuh..
xkisah la..janji per0t kenyang..





Pas makan aku ngan miji g jenjalan kat sana s0 sempat gak aku grab cardigan 2 helai n jam skali huhuh
Xmahal p0n xsampai rm50 aku banje..pas2 lik umah sebab xlarat sgt,balik aku ngan kfi terus tdo....zzzZZZZZ


..::THE END::..

Episode I ---> P A N G K O R

Excited gile pas pe yang kami pland b4 akhirnye jadi jugak, almost 2 months planned 4 dis vocati0n hahah atlast sampi jugak tempat tuh...Gerak dari shah alam kul 8am and b4 dat bekpes lu kat rafi 13 pas2 baru gerak g P E R A K hahahh..1st keje aku pe lagi kire bajet r..
actly dis is our budget vocation where 4 those yg keje kene kuaw $$ lebe kit, so bajet tuk kak fie, anty and iman $200/person...dis included f0r the pakej(accommodation,bekpes,lunch)+tol+petrol and for me n ewok only $120 hahhaha,ok la aku p0n br jek keje mane da gaji kan hahhahah

Sampai2 je kat sane mak aihh mmg ramai sgt ye la weekend kan mmg cam2 hhahah,yg paling best dapat parking p0n kat rooft0p..memang org2 top cam kami jek dapat tmpat cam2 hahaaha..tgh2 excited ni kunun nk g pulaw cepat da plak family yg same pakej ngan kami bt hal, lembap nk mamp0s,pas2 dah la lambat nk buat muke plak..manusia memang begitu huhuh..byk sgt family ni wat hal tyme 2 but just ignore bout that stupid family c0z dis is our vacati0n hahha..


Almost 3pm baru dapat nek fery,beratur punye panjang n selamat dapat naek jugak,1st naek dah terus pening ad0ii..spoil betol tp selamat xmuntah hahhaa,bout 20min sampai gak kat jety pangkor n tyme tuh hepi gile kot n suddenly rs cam jauh dari umah lak huuuu :,(



Pas2 en yg tmpt kami tgl 2 terus bwk kami g hotel, CORAL BEACH RESORT, sepatut nye kami tgl kat chalet,tp terpaksa dorg move kan kat hotel cz ombak besar cz ada gempa kecil kat sumatera (mengikut kate incik itu la). xpe mane2 pon ok,tp jauh ckit r dgn beach kan,tp jln kaki p0n sampi huhu
Sampai2 jek kami rehat jap coz lame sgt pjlnn td, dalam kul 5 g2 baru kauw nk g mandi laut, Allah saje taw camne perangai masing2 dapat mandi laut,besttt n ombak die pon leh tahan r..dah mandi2 sampi lebam pas2 balik hotel lik bantai mandi pool lak hahahaha memang terbaek r..afta dat balik bilik c0z da bbQ dinner kul 830




Its tyme to celebrate h0h0h0..time dinner 2 kami tkr2 adiah and mkn cupcakes yg kami beli 4 our friendship day huhu..tapi spoiled c0z dinner with family ala gampang tuh huhuh


Sebabkan dah menyampah kami blah awal la, last2 g pusing pulaw lagi bagus huhu..dapat la kami g teluk nipah, upenye kat sana lg meriah kot,ramai sgt org kat sana..kalu kami dapat duk chalet mst best ;(
Sempat la kami soping2 kat sana

Pas pusing2 satu pulaw tgh2 malam 2,balik layan bola plak, tyme 2 
Germany vs Argentina
 aku sorg aje fans argentina huh..anty ngan iman bukan men jerit bile germany menang..waaa~ sedey aku tgk marad0na muke kelat tyme 2,4-0  we, atleast 1 p0n ok huhh..xpe2 nt ada lg WC, n Argentina totap dihatiku hahahahah
Continue..pas dah abes game sume pe lagi, membuta r dah penat sgt...GUD NITE

GOOD MORNING~

Perghh 2 yg xtahan tuh, dah sedap2 tdo ngat leh la bgn lambat,skali ewok n iman dah jerit2 bgn nk g bekpes,ye la takut lambat lak, xmandi xape..sume g bekpas,byk makanan kat c2,quite ok la dr xda kan huhuh..tyme2 m00d baek ni jumpe lagi family yg cam harem tuh...bikin rosak la family tuh,siap nak husha keras plak..
buduh gle~
Lantak dorg ngaaaa~

kami ngat pas bekpas nk g mandi laut, skali ujan la so xbuat pape,lik bilik..sampai bilek ujan benti so proceed dgn plan nk g mandi laut..n skali pegi snoorkling  best gle hahahha



TERUJA cuk0p!!!..naek boat memula cuak gle k0t, ne tak nye,ombak tgh laut 2 memang besar gle,tyme 2 memang mengucap aje la..kami pusing2 jalan2 kat sume pulaw kat c2,ada turtle bay n mcm2 lg r aku p0n dah lupe..n last skali die drop kami kat coral island,n best gle mandi kat pulaw tuh hehehe..kami mandi pki life jacket siap,nampak konon cm terer r berenang hahahaa~
ab0ut 30mins berendam kami p0n balik ke pangkal jalan c0z dah bajet time nk check out,c0z pas check out kami da tour pusing pulaw pulak.
Dah ciap sume, kami tgu shuttle nak bwk g pusing pulaw, same jek tempat yg die bawak cm kami pegi mlm td,tp versi siang so lgi clear r kan huhuh..



1st kami g teluk nipah tgk beach kat sana, pas2 kami pegi tempat buat makanan kering,sempat la soping2 makanan ringan,pas2 kami g tokong cina yg ada replika great wall of china,tp kami xg tgk p0n coz energy tgl 10% aje..and last kami g tempat yg ada belanda pye bangunan tuh..aku p0n xtaw pe name daaa~hehehehh



    

Last..sampai gak kat jety,tyme tuh perut lapar gle pluss ngantuk,so nk fery jek aku terus tdo,xda makne nk mabuk2 ni hhuhuh...
Sampai jety, anty g soping baju jap n pas2 kami gerak pulang..b4 2 pegi makan mekdi kat sana,tp hampeh gile..toilet kotor nk mati,apela name dah gah tp failed bab toilet,dah la ko 1 je kat c2..
Kul 9lebe sampai la shah alam, ni gara2 nk kejar tgk konsert final mentor r huuhhuh..selamat muhammad n kak ziana menang..ada kelasss~
huhuhuhu..2 je la kot..ni ada pics byk2,tgk r sdri, malas nk explain,paham2 sude~

..::THE END::..